BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

Bestnye Ramadhan

Bulan Ramadhan, atau sinonim dengan nama bulan pose
bagi orang Melayu mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilat tersendiri.


Tapi ada beberapa kenyataan berkenaan ke-best-an bulan
pose ni yang memang takleh disangkal lagi oleh kita.

Tak caye? Meh tengok kat bawah.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita boleh makan puas-puas tanpa baca bismillah atau
doa sebab setan dah tak join makan sekali.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita boleh masuk tandas dengan sesuka hati, melalak kuat2
dan duduk lama-lama sebab setan tak lepak sane.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita boleh menguap dengan rilek, takyah tutup mulut.
setan tak masuk mulut.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita takyah risau ternampak, tertengok atau sesaje nak
tengok makhluk-makhluk bernama antu atau setan ni.
(haha)

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita tak risau nak ke tandas sensorang walaupun penakut
mana pun.jugak kalau dah pukul 3, 4 pagi pun rilek je.
yelah kan. antu manede nak kacau.

*Bulan pose ni memang best kerana...
nak menyakat orang guna point 'antu' pun dah tak valid.
sengal hape. antu takde la bulan pose!

*Bulan pose ni memang best kerana...
boleh usha perempuan. takde dah kan setan yang keje
nak panah-panah mata kita macam slalu.

*Bulan pose ni memang best kerana...
anjing dah tak menyalak sebab setan dah balik 'rumah'.

Dan...

*Bulan pose ni memang best kerana...
boleh dating sesuka hati sebab takde setan kat tengah
sebagai pihak ketiga. Kan? Kan? Kan?

Pikir sendiri apa beza benda yang kita buat, kena buat,
dan takleh buat dalam bulan tak pose ngan bulan pose.

Thursday, August 20, 2009

Luluskah Kite?

Ramadhan lagi beberapa hari.

Aku pulak masih macam ni??
Apalah nak jadi.
Ada hati macam tak ada hati.

Sekolah rendah, menengah, universiti.
Semua berlumba nak jadi yang tertinggi.
Mahukan A, B..tak mahu C
Lagilah tak mahu G.

'Cemerlang'. Itulah harapan diri.
Setakat 'lulus' mungkin tak bawa erti.

Tapi lihatlah pada diri.
Nak menjadi hamba Yang Hakiki...

Layakkah 'cemerlang' digapai sebagai slip sendiri?
Tak usah mimpi.
Cukup 'lulus'kah kita di Akhirat nanti?
Entahkan 'lulus' pun belum pasti, 'cemerlang' yang dicari.

Moga Ramadhan ke 1430 sempat dirasai
Sama-samalah mentarbiyah dan muhasabah diri.

Ramadhan, harapanku kembali!

(Nukilan di atas merupakan satu peringatan untuk diri
aku sendiri yang makin hari makin cuai dengan ibadah!

Jom kita transform sebelum masuk Ramadhan!)

Monday, August 3, 2009

alkisah jam dinding..

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu. Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya. "OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Lawak nyampuk..

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit" Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

harijadi yg pelik..

Seorang anak bertanya pada ibunya.Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?Mama : Tak boleh!Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstickAnak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

alkisah seminit

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang boleh dilakukan dalam masa 1 minit?
Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit-minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.

1. Dalam 1 minit anda bole membaca 7 kali surah Al-fatihah
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.

Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan

2. Dalam 1 minit anda bole membaca 20 kali surah Al-Ikhlas
Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali
4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali
5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali
6. Boleh menyebut SubhanAllah, Wal-hamduLillah, Wala ilaha ill-Allah, Wa Allahuakhbar sebanyal 18 kali
Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.
Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,

Masya Allah, Sungguh besar nikmat Allah. Beruntunglah kepada mereka yang mengingati Allah bukan hanya seminit, tetapi setiap saat dan detik.

p/s : Sekadar menasihati diri ini yang kian alpha pada Rabbnya

Wallahualam

maggi termantob..

bangun dan lihat
whoahhh, banyaknya makanan [tanda seru]
ayat sarkastik
aku hanya mampu untuk monolog dalaman
tidak diluahkan,
risau dibunuh dengan kata-kata
makan pagi ?
tiada dalam kamus harianku bila di rumah.
justification please ..
aku bangun waktu tengaharilah bodoh.
makan maggi, arghh
tasty, delicious
bukan senang nak makan
kat kolej, malas
malas apa ?
malas nak rebus
nak kena basuh mangkuk lagi
toilet jauh,
sanggup aku tunggu sampai balik rumah
ini hari, hari ini dan seterusnya
mungkin maggi menjadi tatapan harian
tak elokke ?
boleh lagi tanya soklan bodoh
mesti la tak elok [tanda seru]
penegasan di situ
p/s : keyboard pc rosak. tak leh guna tanda seru yang original
nanti guna laptop sis, bru bole bukak fb dan lain-lain

mrepek abskn mase..

1)Bekas kekasih saya adalah : Kakak jaga taska dulu walaupun taktau nama beliau.2)Saya sedang mendengar : bunyi bising Nasyidfm di belog Dr Robee.3)Mungkin saya patut:Godam belog beliau dan hapuskan tulisan dan karutan
yang ditulisnya.4)Saya suka: Kutip pasir kat highway.5)Sahabat-sahabat baik saya: Bergaya macam saya.6) Saya tak faham:kenapa elaun KPM masuk Rm1000 je. Mana lagi 900?7)Saya kehilangan: Aiskrim yang disimpan dalam peti ais semalam.8)Ramai yg kata: Saya hensem. Memanglah.9)Makna nama saya: Yang terpuji, keceriaan dan kesucian10) Cinta itu adalah: Filem yang tak dapat sambutan hangat pada tahun 2008.11)Di suatu tempat seseorang sedang: Korek hidung. Bukan saya oke.12)Saya akan cuba: Mencapai spam terbanyak di belog orang lain.13)Ayat "Selamanya" membawa maksud: Ayat jiwang. Pehhhhh.14)Telefon bimbit saya:Tak payah masukkan syiling. Spesel ohh.15)Bila saya terjaga dr tidur: Cari pintu untuk hantukkan kepala. Senaman pagi.16)Saya meluat bila melihat: Kengkawan dan kakak-kakak pakai baju dan seluar
budak kecik.17)Pesta/Parti adalah:Bermanfaat hanya jika ada makanan sedap.18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui: Bigfoot19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya: Kanak-kanak. Sukati la nak pakai baju ke taknak.20)Hari ini: Saya baca suratkhabar. Bangga sikit.21)Malam ni saya akan:Mengganggu belog Lakaran Pena Kehidupan.22)Esok saya akan:Pow encik pengawal di pintu Istana Negara.23)Saya betul2x inginkan: Isteri yang tak bising kalau saya nak tengok bola.24)Ketika saya lihat wajah saya di cermin pagi ni:Semakin hari semakin kacak. Alhamdulillah.25)Arked permainan:Lampu rosak. 24 jam gelap.

Saturday, August 1, 2009

ckup2 lah tu melayu..

Sad but true~~
Di mana boleh cari ramai Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Alamatnya esok menyusahkan tukang sapu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Bila Melayu nak maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau
hantu..

ssh sgt ke btudong?

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Agak sukar untuk kami bicarakan, kerana kami adalah lelaki.
Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur wanita dan kaum hawa sekalian.Akan tetapi kami ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Usah dimaki hamun sudah. Kami mendapat e-mail daripada rakan yang meminta pendapat. Tulisannya begini.

'ape pendapat ko klo orang kte 'wat pe pki tudung klo hati x ikhlas' n 'yg pkai tudung bukannya bek pon'

Huhu, ayat terakhir itu, kami amat tak suka. Namun tidak mengapa, kami cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan. Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, kami suka untuk merujuk sebuah artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya kami. Artikel ini bertajuk:

'10 Sebab Paling Top Wanita Muslim tidak Suka Berhijab'

oleh Dr. Huwaydaa Ismaeel. Kami ambil sedikit sahaja.

Sebab Pertama : Saya tidak yakin lagi dengan apa perlunya berhijab
(bertudung).

Pernahkah dengar sebab yang ini? Kami pernah dengar.

"Tudung? What the H you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Eh makk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha"

Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.

Betulkah beliau belum yakin?

Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,bererti beliau telah meyakini aqidah. Muhammad itu pesuruh Allah yang bererti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.

Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya?

Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap beriya-iya pergi kelas atau kerja?

Itu bukannya yakin, itu "Bengong" (kata- kata Ustaz Mustafa Dolah, bekas pengetua SMKA Pedas)

Allah berfirman:

Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata," Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.( Surah An-Nur.24:51)


Sebab kedua: Saya nak pakai tudung nie, tapi mak saya tak berapa nak bagilah. Bukankah mentaati ibu bapa itu wajib?

Pernah Tipah cakap benda ni pada kami,

"Halo geng, sori la. Aku bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah, zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah."

Oh Tipah, jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.

Tapi Tipah Allah berfirman:

Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)

Allah bfirman lagi Tipah:

Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)

Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak?

Oh Tipah, jangan tertipu lagi.

Sebab ketiga: Kedudukan dan pekerjaan saya tak mengizinkan saya untuk bertudunglah.

" Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung lagi. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer."

Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami.

Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul.

Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung, labuh lagi tu walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.

Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)

Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh aje menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah

Sebab keempat: Panaslah Malaysia nie, susah nak bertudung.

Mila pernah hamburkan ayat ni.

"Huh panas betul Malaysia ni. Ni semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe."

Mila tersengih-sengih tatkala bercakap, senyum .

" Neraka lagi panas."

Kata-kata kami tika itu, terus terdiam Mila. Muka nak nangis. "Ambik kau" Dalam hati kami, sekadar berbisik.

Allah berfirman:

Katakanlah " api neraka jahannam lebih panas ",jika mereka mengetahui ( At-taubah,9:81)

Sebab kelima: Takutlah kalau pakai hijab tak ikhlas nak buat apa, nanti akhirnya buka juga. Ramai dah jadi macam tu.

Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.

" Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas."

" Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak ikhlaslah.."

Amboi-amboi, ikut suka hati je yek.

BukankahAllah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat( tetap teguh) dalamagama ini? Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah, bukannya tengokorang lain buat kejap dan tinggalkan , maka kita pun terasa kita akanjadi begitu.

Sebab Keenam: Saya akan bertudung apabila Allah memberi saya hidayah nanti.

"Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas lagi nak enjoy, kau ni. Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita enjoyyy."

Rambut digerbang-gerbangkan, tangan pula diangkat keatas. Buat muka ala-ala puteri gitu. Rasa menyampah pun ada, tapi nak buat macamana, kawan-kawankan.

"Tapi kan...maut tu sentiasa hampir?" Kami bertanya.

" Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda kagi tau. Sihat, tubuh solid molid lagi. Jangan nak sebut-sebut mati ye!" Eh, marah pula kakak ni.

" Ha, tahu pula takut." Kami mengejek.

" Bukan takut, ngeri je."

Allah berfirman:

Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun ( Al -A'raf, 7:34 )

Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.

Kami beritahu je.

Ada lagi alasan?

Silakan dengan alasan-alasan itu. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah anggota badan kita, kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

"Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat telinga."

Huh ada juga yang membantah ye.

"Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang mencipta manusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali hebatnya." Kata Ustaz Ali Tantawi.

Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara. Hanya pendapat dan pandangan peribadi.

Syurga atau neraka?

Yang mana anda pilih?

Terserahlah kpd anda.

................

20 surveyyg ntahpape

Anda kembali bersama saya pada minggu ini di ur spotless instinct are valid.
Ini merupakan contoh survey yang diajukan kepada saya oleh
seorang rakan.

Nah, amik jawapan untuk ko! Ko nak sangat jawapan bernas kan...
Ye? Encik S...

1.What have you been doing recently?
menjerit depan TV sebab Liverpool dah gol 3

2.Do you ever turn your cell phone off?
Tak payah. Kalau bateri dah sikit dia off la sdirik.

3.What happened at 10am today?
Aku skor hatrik lawan MU. Di alam mimpi.

4.When did you last cry?
Sewaktu aku dilahirkan..hahaha

5.Believe in fate/destiny?
Tak..aku caye qadha' ngan qadar jek.

6.What do you want in your life now?
Perompak bank yang berkelulusan PhD

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Berjalan je la dalam hujan, nampak macam hero filem sikit.

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
Koyakkan bantal dan selimut.

9.What bottoms are you wearing now?
Seluar berlubang tiga.

10.What’s the nicest things in your inbox?
"Maaf, baki kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan."

11.Do you tend to make the relationship complicated?
Mengarutlah. Aku mane ade relationship.

12.What was the last movie you caught?
Geng. Alah, movie Upin Ipin tu...

13.What are you proud of?
Dilahirkan sempurna anggota badan, dalam agama Islam

14.What does the oldest text msg in your inbox say?
Dah delete la. Oldest bermaksud paling lama. So, dah takde!

15.What was the last song you sang out loud?
Mama suka gado-gado~

16.Do you have any nicknames?
Takde....................................................kot

17.Are you currently happy?
Bagitau kau buatpe. Sukati la hepi ke tak. Hahaha

18.Who gives you the best advise?
Kakak. Imbauan terhadap peristiwa penghancuran Saga kuning~

19.Do you eat whipped cream straight from the can?
Gila hape. Baek aku makan roti canai.

20.Who did you talk on the phone last night?
Isteri aku. Hahahaha [bajet ade~]

Bersyukurkah kita?

Tanya diri kita.
Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatNya?

Jawapan di mulut. "Ya. Syukur alhamdulillah."

Tapi macam mana dengan anggota?
Adakah perbuatan kita mencerminkan kesyukuran
atas nikmat kesihatan yang diberi untuk setiap
anggota tubuh kita?

Mata

Ramai antara kita yang selalu tengok
perkara yang diharamkan. Contoh mudah?
Aurat mahram. Jangan tipulah. Jaga punya jaga
pun mesti ada tertengok jugak punya.


Ini tidak dikhususkan kepada lelaki sahaja.
Termasuk kepada para muslimah.
Anda paham sendiri.

Hidung

Aku bagi satu contoh. Misal kata korang lalu
sebelah seorang perempuan yang pakai perfume
kuat gila punya...

Layan je bau tu??

Ingat. Bauan daripada wanita yang bukan mahram
adalah bau yang haram untuk muslimin!

Jadi untuk muslimah,
protect your dignity okeh!
Boleh rujuk sini untuk pembacaan lanjut.

Telinga

Macam mana dengan ni??

"Aku tak mengumpat. Aku dengar je. Aku senyap."

Sama la tu. Dengar pun dikira join jugak.
Saham dosa masuk beb!

Jadi kalau ada orang mengumpat, blah je!

Mulut

Senjata paling bahaya.
Kenapa? Dah diisytihar oleh para ulama'
mulut adalah anggota yang paling mudah
menyumbang dosa.

Mana taknya, terlepas cakap ke, mengumpat ke...
Senangggg sangat bagi orang sakit hati kan?

Tanggung la sendiri.


Tangan

Kita memang gatal tangan kan buat benda terlarang.
Orang kata jangan mencuri, jangan meniru dalam exam,
jangan...macam-macam lagi la.

Contoh tak baik jangan ikut.
Mencuri itu haram.

Kaki

Kurangkan berjalan ke tempat tak berfaedah.
Tempat maksiat lagilah. Elakkan.

Buat sahabat-sahabat di UiTM;
[terutama yang baca entry ni] janganlah korang sesuka je
pegi duduk lepak kat DC tu sesama lelaki perempuan.

Bukannya ada urusan pun korang tu.
Tiap-tiap malam nak duduk sekali. Makan sudae~


Jelas? Renungkan balik adakah perbuatan kita
mencerminkan kesyukuran kita terhadap
nikmat kesihatan tubuh badan kurniaanNya.

Peringatan untuk semua termasuk aku sendiri.

Kerak Goreng pisang Buleh membunoh..

Tahukah anda, kerak pisang goreng yang sedap
dimakan sebenarnya mampu menjadi
senjata jenayah pembunuhan?

Ini bukan mitos.

Aku ke Seksyen 2 untuk beli pisang goreng 2 ringgit
disebabkan perut aku bising, mengade.

Namun setelah habis makan di bilik stadi ini, aku
terpijak seketul kerak pisang goreng tadi.

Ouh.

Pedih jugak.

Otakku mula berfikir ligat.

Macam mana kalau kerak tadi tu bersaiz besar sikit?
Mesti berdarah dan akan menjejaskan sistem aliran
darah (sekiranya tak dirawat) dan darah akan keluar
membuak-buak.

Walaupun platelet yang berfungsi untuk
memberhentikan darah menjalankan tugas, namun
kerak yang tersangkut pada luka tadi akan
melambatkan proses koagulasi darah.

Juga disebabkan pesakit yang luka kakinya tadi tak
reti-reti nak balut kakinya ataupun pegi klinik,
darahnya yang berterusan...mungkinkah akan
menyebabkan berlakunya...

Kekurangan darah yang serius.
dan...

Mati.




Sekadar karutan di petang hari.

Pengajaran sebenarnya adalah
makan dengan cermat
dan...

Ingat mati la wei.
Singgah kat dunia tak lame.

Itu je. Haha.

senyumlah

Salam..,

Aku harap semua2 nye sihat walafiat... Sentiasa ingat Allah, runtuhkan tembok keegoan di hadapa Maha Penguasa.. Nak nangis semahu-mahunya lagi bagus.. Boleh hisab kembali diri, dan hati yang dah lama berkarat nie.. <--- Nasihat untuk diri aku dan semua.
[Takut sangat bila takdapat nangis depanNya, even mengenang dosa2 yang dilakukan, na'uzubillah]

Okay, sebenarnya idea nak conteng belog datang secara tiba-tiba bila aku makan sorang2 kat bawah tadi.. <--- tak suka makan sorang2! selalu sangat dah!

Apa yang aku nak cakap nie, tentang senyum.. Aku suka senyum.. ^_^ Adakah anda juga suka senyum? lol!
Janganlah tak suka senyum pula, belum pernah diriku ini berjumpa dengan orang yang tidak suka senyum... adeh~ Abnormal2..

bila mak duk marah-marah aka membebel kat aku.. aku hanya buat senyum kambing.. Senyum sampai telinga..! Dan sudah menjadi biasa.. Abih mak yang terlalu cerewet, takleh nampak sikit rumah bersepah, mesti nak 'boom' ktorang.. Lagi2 bilik anak mak nie dulu yang buku bersepah kat sana sini, kat katil.. kat meja, kat ruang tamu.. haha! mesti mak akan 'meletup'. Dan aku hanya cengih camnie.. ---> sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi

dan secara automatiknya, mak akan diam.. wahaha~ tips untuk anak2 yang malas cam aku.. ngehehe~ selalunya mak akan cakap "orang marah-marah, yang ko senyum di situ tu kenapa? buang tabiat ka?" sambil beliau menggeleng2kan kepala beliau.. adeh~ ampun ye mak.. jelir

Dan teringat lagi satu peristiwa yang agak menjengkelkan.. masa tu kakak nombor dua ade masalah. Tah masalah ape, masalah stadi kot yang hampir membuatkan beliau meniru gaya 'orang sakit jiwa'.. Jadi aku dekat laa dengan dirinya sebagai seorang adik yang prihatin dan baik [wekkk! nak muntah busuk] Dan sesuatu yang tidak patut aku rasa beliau lakukan ialah telah berkata macam nie kat diriku ini..

"napa ko nie? orang marah-marah macam nie pun masih nak dekat.. siap tersenyum-senyum lagi.. ko tak rasa apa2 ke ha? cam orang bodoh pun ada.. cuba tegas sikit!! pelik betul bah ko nie" <--- melayunya tidak la selancar seperti yang aku tulis nie, hee~

aku terkejut dengan kata2nya itu, bukan terkejut dengan nada marahnya, tapi dengan kata2 nya.. diulangi lagi sekali.. KATA-KATAnya.. uitz! dalam hati aku.. apsal plak budak sekor nie? orang dah sedekah senyuman, kita plak kena marah balik.. apekah? jadi responku hanya senyum lagi kat dia.. pastu aku cakap, kalau nak kongsi apa2 cerita dengan aku, cerita laa.. aku dengar nie.. then setelah terpujuk dengan nada 'menggoda'ku, akhirnya dia pun cerita.

Adakah aku pelik? Uitz! mana ada pelik.. Aku sempurna kejadian .. Apelah.. Kang aku buat muka serius nanti, lagi laa pelik..
:28:

haih~ manusia2.. banyak betul ragam dan garam.. wakaka~

Tapi kan, ada sebuah senyuman yang aku tak lupa sampai sekarang.. Iaitu, masa aku form 1 kot.. aku g la jalan kat bandar masa cuti sekolah.. Then, ada sorang makcik nie, bertudung labuh siap berjubah dengan anak-anak dia yang pakai kopiah dan tudung semua, cute sangaaaaat! :23:

makcik tu senyum dekat aku, padahal waktu tu aku jauh lagi... dan nampak jelas senyuman dia walaupun dari jauh, pastu wajah makcik tu bercahaya laa.. Dan bila aku dah dekat, aku pun bagi salam dan sesi 'senyum' masih lagi berjalan sehingga laa aku berlalu pergi..

erm.. mungkin itu petunjuk kot.. Bahawasanya senyum itu bukanlah pelik walaupun dengan orang yang kita tidak kenal.. Apatah lagi dengan orang yang kita kenal sangat2..! ekekeke~
ihikhikihikhik

Kepedasan=kesedapan

Salam..,

Harapan daku semoga semuanya sihat-sihat selalu.. insyaAllah. Jaga diri baik-baik k.. Jaga semua, be a good boy and a good girl..

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Apa yang aku nak cita nie bukan KFC yang menyebabkan orang sakit k.. tapi atas sebab-sebab tertentu maka daku pun 'sihat' walafiat.. alhamdulillah.

3 hari yang lepas kot, bapa masuk bilik aku sambil menghulurkan KFC.. Erk! aku cakap.. "Pak, kenapa KFC...? Nda mau laa.." huhu~ Oit! Oit! nie bukan pasal boikot ye.. Cuma tak lalu dah nak makan, tapi apakan daya.. Ku makan juga untuk tidak menghampakan bapa.. First, makan sikit.. aku dah terasa pedasnya, 3 minit kemudian aku dah tak tahan.. nak muntah dah! huuu~ dah laa tak lalu nak makan, pedas pulak tu.. akhirnya ku bagi kepada adik.. ngehehe~

Betul-betul takdapat rasa, rasa makanan tu bila ianya pedas.. mak cakap "nak kata lidah orang filipina tak juga, nak kata lidah orang melayu pun tidak" abih tu? lidah ape? lidah buaya? ngehehehe~ tak cukup dengan pedas, lidahku ini cepat sangat merasa manis.. bagiku manis sangat, pada orang lain.. biase je.. Adeh~ terasa asing di situ.. wakaka~

maka aku pun memulakan sesi menahan kepedasan.. huu~ dorang dah faham.. adeh~ kenapa laa macam nie? pelik2.. sume adik badek lain boleh makan pedas.. dan akhirnya perutku sakit, terasa pedas2 selama dua hari. Penangan 'kepedasan kfc' tu.. hahaih~

[maggie perisa kari pun aku tak boleh dah nak tahan]
arrghh! cam budak-budak!
blogger-emoticon.blogspot.com

Sekarang nie, sakit tekak.. selesema, batuk dan sakit-sakit badan.. Nak tido je keja.. wahahaha~ Kekadang tak larat, nak g syahid juga akhirnya walaupun dah berupaya menahan mata.. Bapa tanya, "okie ka? jom laa kita pi klinik.." erk! klinik?! membulat mata gue! "isk,buat apa mau p klinik? tu laa bapa beli kfc pun yang pedas lagi.." sambil memuncungkan bibir beberapa meter. lol. "orang kalau p klinik tu makan-makan di sana..kan?" bapa menjawab.. haha. kena... wakenabeb! tapi xnak g klinik!

Cup5..! Tanda-tanda awal H1N1 tu, macam yang aku alami nie kan? Aku ada tgk iklan kat tv tadi.. huhu~ Kat sabah dah ade dah kes H1N1 tu. Na'uzubillah. Taknak pegi klinik.. Tak suka! taknak pegi sepital.. menyeramkan dan tak suka bau hospital... rasa nak muntah je.. cam mengidam pun ada.. lol!
setansetansetansetan

Takpe.. ujian.. ujian..! dah banyak lagho nie.. Oya, tadi terjaga pas isyak.. aku ajak laa adik g buat kek.. excited giler.. Tengok2! 1 bahan je xda.. habiz.. Iaitu telur ayam.. [teringat plak telur masin.. ekekeke~] Hahahampeh betul laa~ Takpe laa.. sok2 je laa buat.. Nanti dah siap aku tepek gambar k.. Nyummy3! Mesti tak sedap kalau aku buat.. hee~
:makan::makan:
:serves::serves::serves:

- warrgghh! Lagi satu.. hafalanku makin lemah.. nanti g tasmi' ngan ibu, tak pasal-pasal apa yang kita fikir kena korek -
~ fikir apa nie? cuba fokus.. jauh betul melayang fikiran tu sampai ke seberang sana.. ~
ibu nie selalu je baca fikiran orang.. ape laa~ kang fikir tuutt! tak ke kantoi.. hehe
gataigataigataigataigataigatai

Terasa seperti budak kecik yang sedang selesema.. haha.

ngarut..

Assalamu'alaikum,

Hatiku bertanya, nak buat ape? Nak cakap ape? Kena jawab ape? Kena diam atau tegur ke? Kalau diam hati tak tenteram, rasa bersalah sangat dan rasa yang sama waktu dengannya.. Kalau tegur, rasa lega sikit walaupun dipandang semacam. Sedih tu jangan cakap laa, mesti ada walau sekelumit cuma.

Dalam minggu nie, aku seolah-olah tidak kenal akan diriku. Lebih tidak kenal daripada orang yang tidak mengenali diriku. Kejadian pelik-pelik berlaku. Susahnya macam nie, kalau berterusan lagi.. pergi duk dalam hutan. Duduk seorang-seorang.. Padan Muka!

[aku hanya menaip secara spontan]

First, aku mimpi beberapa kali seseorang yang aku kenal meninggal dunia. Apabila terjaga daripada mimpi tersebut, sebak semacam. "ya Allah... Engkau Maha Mengetahu.." Sedih, takut dan ngeri jika aku tidak dapat membantu. Orang yang aku kenal itu meninggal dengan cara yang menyedihkan. Astaghfirullahal'azim.

Kedua, aku cepat dapat mengagak siapa yang akan bertamu ke rumah ataupun apa yang akan terjadi sebentar lagi.. Ah! Ini mungkin sebab sudah terbiasa agaknya. Nevermind..

Ketiga, keempat kelima dan keenam dan seterusnya.. malas rasanya nak taip kat sini.

semalam, aku sudah dapat mengagak cermin mataku akan pecah.. dan pada malam harinya, pecah juga ia.. wuwuwuwu~ ini semua angkara kakakku yang memecahkan cermin mataku..


[wuwuwu~ pecah dah]

Baru je beberapa bulan pakai.. dah pecah.. haish~ tapi kali nie bukan angkara diriku.

Nak korek kat mana laa nie nak gantikan spek nie.. hahaih~