BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

Bestnye Ramadhan

Bulan Ramadhan, atau sinonim dengan nama bulan pose
bagi orang Melayu mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilat tersendiri.


Tapi ada beberapa kenyataan berkenaan ke-best-an bulan
pose ni yang memang takleh disangkal lagi oleh kita.

Tak caye? Meh tengok kat bawah.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita boleh makan puas-puas tanpa baca bismillah atau
doa sebab setan dah tak join makan sekali.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita boleh masuk tandas dengan sesuka hati, melalak kuat2
dan duduk lama-lama sebab setan tak lepak sane.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita boleh menguap dengan rilek, takyah tutup mulut.
setan tak masuk mulut.

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita takyah risau ternampak, tertengok atau sesaje nak
tengok makhluk-makhluk bernama antu atau setan ni.
(haha)

*Bulan pose ni memang best kerana...
kita tak risau nak ke tandas sensorang walaupun penakut
mana pun.jugak kalau dah pukul 3, 4 pagi pun rilek je.
yelah kan. antu manede nak kacau.

*Bulan pose ni memang best kerana...
nak menyakat orang guna point 'antu' pun dah tak valid.
sengal hape. antu takde la bulan pose!

*Bulan pose ni memang best kerana...
boleh usha perempuan. takde dah kan setan yang keje
nak panah-panah mata kita macam slalu.

*Bulan pose ni memang best kerana...
anjing dah tak menyalak sebab setan dah balik 'rumah'.

Dan...

*Bulan pose ni memang best kerana...
boleh dating sesuka hati sebab takde setan kat tengah
sebagai pihak ketiga. Kan? Kan? Kan?

Pikir sendiri apa beza benda yang kita buat, kena buat,
dan takleh buat dalam bulan tak pose ngan bulan pose.

0 comments: