BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 20, 2009

Luluskah Kite?

Ramadhan lagi beberapa hari.

Aku pulak masih macam ni??
Apalah nak jadi.
Ada hati macam tak ada hati.

Sekolah rendah, menengah, universiti.
Semua berlumba nak jadi yang tertinggi.
Mahukan A, B..tak mahu C
Lagilah tak mahu G.

'Cemerlang'. Itulah harapan diri.
Setakat 'lulus' mungkin tak bawa erti.

Tapi lihatlah pada diri.
Nak menjadi hamba Yang Hakiki...

Layakkah 'cemerlang' digapai sebagai slip sendiri?
Tak usah mimpi.
Cukup 'lulus'kah kita di Akhirat nanti?
Entahkan 'lulus' pun belum pasti, 'cemerlang' yang dicari.

Moga Ramadhan ke 1430 sempat dirasai
Sama-samalah mentarbiyah dan muhasabah diri.

Ramadhan, harapanku kembali!

(Nukilan di atas merupakan satu peringatan untuk diri
aku sendiri yang makin hari makin cuai dengan ibadah!

Jom kita transform sebelum masuk Ramadhan!)

0 comments: