Tanya diri kita.
Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatNya?
Jawapan di mulut. "Ya. Syukur alhamdulillah."
Tapi macam mana dengan anggota?
Adakah perbuatan kita mencerminkan kesyukuran
atas nikmat kesihatan yang diberi untuk setiap
anggota tubuh kita?
Mata
Ramai antara kita yang selalu tengok
perkara yang diharamkan. Contoh mudah?
Aurat mahram. Jangan tipulah. Jaga punya jaga
pun mesti ada tertengok jugak punya.
Ini tidak dikhususkan kepada lelaki sahaja.
Termasuk kepada para muslimah.
Anda paham sendiri.
Hidung
Aku bagi satu contoh. Misal kata korang lalu
sebelah seorang perempuan yang pakai perfume
kuat gila punya...
Layan je bau tu??
Ingat. Bauan daripada wanita yang bukan mahram
adalah bau yang haram untuk muslimin!
Jadi untuk muslimah,
protect your dignity okeh!
Boleh rujuk sini untuk pembacaan lanjut.
Telinga
Macam mana dengan ni??
"Aku tak mengumpat. Aku dengar je. Aku senyap."
Sama la tu. Dengar pun dikira join jugak.
Saham dosa masuk beb!
Jadi kalau ada orang mengumpat, blah je!
Mulut
Senjata paling bahaya.
Kenapa? Dah diisytihar oleh para ulama'
mulut adalah anggota yang paling mudah
menyumbang dosa.
Mana taknya, terlepas cakap ke, mengumpat ke...
Senangggg sangat bagi orang sakit hati kan?
Tanggung la sendiri.
Tangan
Kita memang gatal tangan kan buat benda terlarang.
Orang kata jangan mencuri, jangan meniru dalam exam,
jangan...macam-macam lagi la.
Contoh tak baik jangan ikut.
Mencuri itu haram.
Kaki
Kurangkan berjalan ke tempat tak berfaedah.
Tempat maksiat lagilah. Elakkan.
Buat sahabat-sahabat di UiTM;
[terutama yang baca entry ni] janganlah korang sesuka je
pegi duduk lepak kat DC tu sesama lelaki perempuan.
Bukannya ada urusan pun korang tu.
Tiap-tiap malam nak duduk sekali. Makan sudae~
Jelas? Renungkan balik adakah perbuatan kita
mencerminkan kesyukuran kita terhadap
nikmat kesihatan tubuh badan kurniaanNya.
Peringatan untuk semua termasuk aku sendiri.
Saturday, August 1, 2009
Bersyukurkah kita?
Posted by Loot-Fee at 11:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment