BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 1, 2009

senyumlah

Salam..,

Aku harap semua2 nye sihat walafiat... Sentiasa ingat Allah, runtuhkan tembok keegoan di hadapa Maha Penguasa.. Nak nangis semahu-mahunya lagi bagus.. Boleh hisab kembali diri, dan hati yang dah lama berkarat nie.. <--- Nasihat untuk diri aku dan semua.
[Takut sangat bila takdapat nangis depanNya, even mengenang dosa2 yang dilakukan, na'uzubillah]

Okay, sebenarnya idea nak conteng belog datang secara tiba-tiba bila aku makan sorang2 kat bawah tadi.. <--- tak suka makan sorang2! selalu sangat dah!

Apa yang aku nak cakap nie, tentang senyum.. Aku suka senyum.. ^_^ Adakah anda juga suka senyum? lol!
Janganlah tak suka senyum pula, belum pernah diriku ini berjumpa dengan orang yang tidak suka senyum... adeh~ Abnormal2..

bila mak duk marah-marah aka membebel kat aku.. aku hanya buat senyum kambing.. Senyum sampai telinga..! Dan sudah menjadi biasa.. Abih mak yang terlalu cerewet, takleh nampak sikit rumah bersepah, mesti nak 'boom' ktorang.. Lagi2 bilik anak mak nie dulu yang buku bersepah kat sana sini, kat katil.. kat meja, kat ruang tamu.. haha! mesti mak akan 'meletup'. Dan aku hanya cengih camnie.. ---> sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi

dan secara automatiknya, mak akan diam.. wahaha~ tips untuk anak2 yang malas cam aku.. ngehehe~ selalunya mak akan cakap "orang marah-marah, yang ko senyum di situ tu kenapa? buang tabiat ka?" sambil beliau menggeleng2kan kepala beliau.. adeh~ ampun ye mak.. jelir

Dan teringat lagi satu peristiwa yang agak menjengkelkan.. masa tu kakak nombor dua ade masalah. Tah masalah ape, masalah stadi kot yang hampir membuatkan beliau meniru gaya 'orang sakit jiwa'.. Jadi aku dekat laa dengan dirinya sebagai seorang adik yang prihatin dan baik [wekkk! nak muntah busuk] Dan sesuatu yang tidak patut aku rasa beliau lakukan ialah telah berkata macam nie kat diriku ini..

"napa ko nie? orang marah-marah macam nie pun masih nak dekat.. siap tersenyum-senyum lagi.. ko tak rasa apa2 ke ha? cam orang bodoh pun ada.. cuba tegas sikit!! pelik betul bah ko nie" <--- melayunya tidak la selancar seperti yang aku tulis nie, hee~

aku terkejut dengan kata2nya itu, bukan terkejut dengan nada marahnya, tapi dengan kata2 nya.. diulangi lagi sekali.. KATA-KATAnya.. uitz! dalam hati aku.. apsal plak budak sekor nie? orang dah sedekah senyuman, kita plak kena marah balik.. apekah? jadi responku hanya senyum lagi kat dia.. pastu aku cakap, kalau nak kongsi apa2 cerita dengan aku, cerita laa.. aku dengar nie.. then setelah terpujuk dengan nada 'menggoda'ku, akhirnya dia pun cerita.

Adakah aku pelik? Uitz! mana ada pelik.. Aku sempurna kejadian .. Apelah.. Kang aku buat muka serius nanti, lagi laa pelik..
:28:

haih~ manusia2.. banyak betul ragam dan garam.. wakaka~

Tapi kan, ada sebuah senyuman yang aku tak lupa sampai sekarang.. Iaitu, masa aku form 1 kot.. aku g la jalan kat bandar masa cuti sekolah.. Then, ada sorang makcik nie, bertudung labuh siap berjubah dengan anak-anak dia yang pakai kopiah dan tudung semua, cute sangaaaaat! :23:

makcik tu senyum dekat aku, padahal waktu tu aku jauh lagi... dan nampak jelas senyuman dia walaupun dari jauh, pastu wajah makcik tu bercahaya laa.. Dan bila aku dah dekat, aku pun bagi salam dan sesi 'senyum' masih lagi berjalan sehingga laa aku berlalu pergi..

erm.. mungkin itu petunjuk kot.. Bahawasanya senyum itu bukanlah pelik walaupun dengan orang yang kita tidak kenal.. Apatah lagi dengan orang yang kita kenal sangat2..! ekekeke~
ihikhikihikhik

0 comments: